Tangata Whenua
Nadly's Fotopages.
By: Nadly Aizat Nudri

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  >  >>]    [Archive]
Tuesday, 9-Feb-2010 04:57 Email | Share | | Bookmark
Bukit Malawati

Sedar tak sedar, sudah setahun lebih saya tinggal di Kuala Selangor ni.Itupun tidaklah selalu berada di sini kerana belajar di luar negara.Saya sekeluarga berpindah kerana ayah saya mendapat kontrak untuk bertugas dengan Jabatan Pertanian walaupun sudah bersara.


Rumah Kuarters di Jalan Tanjung Keramat,tempat tinggal saya di Kuala Selangor.


Beranda tempat saya selalu berehat

Namun begitu, pada bulan Ogos ini, kami akan berpindah kembali ke Taiping kerana kontrak kerja ayah saya sudahpun tamat.


Rumah yang baru di Taman Pengkalan Makmur II

Berbalik kepada tajuk asal entri ini ditulis, Bukit Malawati adalah antara tarikan pelancong yang ada di Kuala Selangor selain Taman Alam,Kota Tanjung Keramat, Kelip-Kelip Kg Kuantan, Bukit Belimbing dan lain-lain.Kedudukannya yang strategik telah menyebabkan Bukit Malawati pernah dijadikan kubu pertahanan oleh Kerajaan Selangor Lama dan juga Belanda.

Yang tinggal kini ialah kesan tinggalan dari kota lama tersebut dan juga sebuah rumah api yang masih berfungsi sehingga kini.Saya selalu berjogging dari rumah saya yang terletak di kaki bukit ke sekitar kawasan bukit ini.

Petang tadi saya berpeluang untuk sekali lagi berkunjung ke Bukit Malawati ini bersama-sama kamera.



Rumah Api Bukit Malawati


Beberapa butir meriam diletakkan sebagai hiasan di sekitar kawasan rumah api tersebut.Ada juga meriam tinggalan zaman pendudukan Belanda dulu.

Selain dari pemandangan sekitar (termasuk Selat Melaka dan muara Sungai Selangor),Bukit Malawati juga terkenal dengan spesis primat seperti kera dan lutong yang mendiami kawasan sekitar bukit ini.Jumlahnya boleh mencecah 100 ekor pada satu-satu masa kerana ramai pelancong yang datang memberi mereka makan.


Kera yang banyak berkeliaran tanpa mengganggu pengunjung


Di mana ada pengunjung yang bermurah hati,di situ ada lutong yang banyak


Satu keluarga pelancong dari Jerman (dari gaya percakapan mereka) sedang memberi makan kepada kumpulan lutong ini ketika waktu senja menjelang.

Oleh kerana waktu sudah semakin lewat,saya pun berjalan kaki pulang menuruni bukit melalui tepi Makam Diraja Selangor dan Masjid Pekan Kuala Selangor.


Azan Maghrib dilaungkan ketika gambar ini diambil.Hajatnya hendak sembahyang berjemaah tapi kerana pakaian yang saya pakai tak begitu sesuai,terpaksa saya pulang terus ke rumah.


Percubaan menghasilkan bokeh semasa berjalan kaki pulang.

Saya akan pulang ke New Zealand pada Selasa depan.Jadi inilah minggu terakhir saya di Kuala Selangor kerana apabila saya pulang ke Malaysia untuk kali berikutnya, saya akan balik ke Taiping.

Sayonara Kuala Selangor.



Thursday, 4-Feb-2010 14:38 Email | Share | | Bookmark
Prime Lens : My new passion

Setelah membeli flashgun Nikon SB600 pada bulan Disember tahun lepas, saya berfikir yang saya ingin membeli pula prime lens.Setelah beberapa perbincangan dan kajian bersama rakan-rakan, saya telah membuat keputusan untuk membeli lens Nikkor AF-S DX 35mm f/1.8. Asalnya saya bercadang untuk membeli lens ini sekembalinya saya di New Zealand melalui Trademe atau Zillion.Tetapi, setelah meninjau harga yang ditawarkan di Trademe yang melebihi $500 seunit, saya terus berubah fikiran dan memutuskan untuk mencarinya di sekitar Kuala Lumpur.



Akhirnya, pada Isnin yang lepas berjaya juga saya mencari lens ini walaupun agak susah kerana kebanyakan kedai-kedai kamera yang menjual aksesori kamera kehabisan stok bagi lens ini.Mujurlah, setelah sehari suntuk mencari dari kedai ke kedai, akhirnya jumpa juga dengan lens ni.Saya beli dengan harga RM830, iaitu bersamaan dengan NZD360.Jimat $150 berbanding dengan sekiranya dibeli di New Zealand.

Dan berikut adalah gambar-gambar yang saya ambil dengan lens "wide aperture" ini.Gambar jadi lebih cantik,terperinci (details) dan lebih tajam.Bokeh juga jelas kelihatan dalam gambar yang diambil.


Gambar HDR ber"aperture" besar (f/2.


Bunga Pisang (ditanam kat depan rumah oleh nenek saya)


Lutong yang berpesta makan setandan pisang buruk kat depan rumah


Rezeki jangan ditolak.Hulur la sikit kat kawan2


Saya amat berpuas hati dengan hasil dari lens yang baru ini.Jadi, sekarang saya mempunyai Nikon D60, Kit lens Nikkor AF-S DX 18-55mm f/3.5-5.6, Lens Telefoto Nikkor AF-S DX 55-200mm f/4-5.6, flashgun Nikon Speedlight SB600 dan yang terbaru, prime lens Nikkor AF-S DX 35mm f/1.8.Jadi boleh kata saya punya kelengkapan yang lengkap untuk pelbagai jenis gambar sekarang.

Mungkin sekitar dua atau tiga tahun nanti, saya akan "upgrade" body kamera yang sekarang kepada Nikon D90/D300s,Insya Allah.




Friday, 23-Oct-2009 07:21 Email | Share | | Bookmark
MUPSA Super Six Cricket Tournament 20009

One thing I like about photography is,it makes me know new friends regardless their country,origin and language.

My involvement with sports photography started few months ago when I was asked by MUMSA's president at that time, Iylia Zafri to covering the hockey event between Malaysia and New Zealand.Being excited with the pictures I snapped,I begin to find another opportunity to do sports photography.Luckily,I was asked by my Pakistani friend,Tariq Mahmood to covering their weekend cricket match at Albert Street ground.


One of the picture at Albert Street Ground.

Being satisfied with my pictures I snapped, they (Pakistani) had personally asked me to make another photography session a month after that, that was for the Super Six Tournament.Without any more question, I accepted that invitation.

It was supposed to be on 15th October but, was postponed on next Monday,probably due to the bad weather.

Alhamdulillah,everything went well eventhough I came late due to another things that I have to solve first.I managed to capture the pictures of the quarter,semi-final,and final match between Pakistan Green and Indian team (forgot the name).

Final match was won by the Pakistan Green team when they beaten the Indian team.I will write the final highlights of the tournament when it is made available in MUPSA website soon,Insya Allah.









The MP of Palmerston North alongside with the officer of Massey International Office were invited to give out the prize to the winner of the tournament.


Pakistan Green's captain Faisal Rana received the champion's trophy.


The winner team,Pakistan Green.


The 1st runner up,Indian team.

Thanks to all especially to Faisal and Tariq because of your help and support to guide me on the flow of the event.It was one of my precious experience I got to improve my photography skills.I finished this entry with my favourite pictures below.


Salim Bhatti (or to be exact,Dr Salim Bhatti)


Syed Jawad Hussain make a run.


Wednesday, 7-Oct-2009 12:29 Email | Share | | Bookmark
Rumah Terbuka MUMSA 2009

Pada 4 Oktober yang lalu, Massey University Malaysian Student Association (MUMSA) telah mengadakan sambutan Hari Raya Aidilfitri 2009 bertempat di International Community Centre bermula dari pukul 12 tengahari sehingga pukul 3 petang.Sambutan ini sepatutnya diadakan pada 26 September yang lalu,tapi terpaksa ditangguhkan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

Persiapan untuk majlis ini telah dimulakan sejak hari Khamis sebelumnya di mana MUMSAian bergotong royong menyiapkan daging dan ayam untuk dibuat sate dan rendang.Ini berterusan sehingga hari Jumaat di mana nasi himpit pula disiapkan.



Fairuz dan rakan-rakan didalam proses menyediakan sate


Afnan dan Bidi menyiapkan nasi himpit sampai tak tidur malam.Zabardast!!


Juga yang sama kelihatan di rumah Bae

Sedikit kelam kabut terjadi pada hari majlis ini diadakan apabila sate dibakar agak lewat.Namun dengan bantuan abang-abang postgrads,sate-sate ini akhirnya berjaya juga disiapkan untuk hidangan tetamu yang hadir.


Eric dan Yasir tengah membakar sate


dengan bantuan Abang Ziad dan rakan-rakan,dapat juga sate disiapkan


Inilah rupa sate

Majlis dimulakan sekitar jam 1.00 petang dengan ucapan tetamu kehormat pada hari itu,Puan Siti Jalilah Abd Manap (Setiausaha 1 Kedutaan Malaysia di New Zealand) dan seterusnya perasmian laman web MUMSA, www.mumsa.org.nz oleh Atase Pertahanan Malaysia di New Zealand,Lt. Col. Ahmad Faiezzelan Abd Karim.Ahli jawatankuasa MUMSA bagi tahun 2009/2010 juga diperkenalkan kepada umum selepas itu.


Ucapan oleh Pn Siti



Lt Col Ahmad Faiezzelan dan keluarga


Perasmian laman web MUMSA oleh kolonel


Ahli Jawatankuasa MUMSA yang terkini

Selepas itu,para tetamu mula membanjiri kawasan luar ICC untuk menjamu hidangan yang disediakan.





Majlis tamat pada kira-kira jam 3.30 petang.Terima kasih kepada semua sama ada secara langsung atau tidak langsung di dalam menjayakan majlis sambutan Hari Raya 2009 ini.




Wednesday, 23-Sep-2009 08:19 Email | Share | | Bookmark
Eid-ul-Fitri in Palmerston North

This is my first Eid's experience outside Malaysia or to be precise, far away from my family and relatives.One thing that I will remember on this year's Eid that,it was the first Eid celebrated after Muslims in New Zealand observe their fasting for 30 days (it was never exceed 29 days before this).So, the Open House organised by Malaysian Postgrads that planned to be held on afternoon Sunday 29th September has been changed to that night.





On Monday morning,I have prepared to go for Eid-Fitri Prayer.This year it was being held at Arena Manawatu due to the increasing population of Muslims in Palmerston North,resulting in the insufficient spaces in the Islamic Centre for this purpose.This prayer was led by brother Ahmed Zaoui and he also was delivering the khutbah (sermon) after the prayer.






Done with the prayer,me and my friends went to the postgrads house since they invited us for their personal Open House.First house was Abang Saifuddin's house,then to Kak Norzam,Abang Ziad and finally to Abang Izad's.






There are also few open houses held on the second and third day of Syawal.Jazakallahu khair to those that organise and invited us to come.


[<<  <  [1]  2  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net